Thursday 17 November 2011

Soalan yang tidak gemar untuk menjawab.

Assalamualaikum wrt.

Minggu kedua praktikal di wad kanak-kanak..tidak dinafikan,wad ini selalu menyebabkan saya stress..
Hal ini bukan berpunca dari kanak-kanak mahupun bayi yang berada di wad.
Dinafikan jika ada yang menyuarakan pendapat bahawa saya tidak suka berada di wad itu hanya kerana kanak-kanak..

Zaman kanak-kanak adalah zaman paling berharga dalam hidup seseorang..Seperti zaman kanak-kanak saya lebih ke kejantanan. Hal ini kerana saya merupakan seorang yang aktif. Tidak bermain masak-masak seperti kanak-kanak perempuan yang lain tetapi bermain tumbuk-tumbuk..ganas bukan?hehehe..
Janganlah kalian mencari baju kurung ketika zaman kanak-kanak ku..majoriti adalah t-shirt. ^_^

Tetapi,apabila meningkat dewasa..diriku masih aktif cuma tiadalah tumbuk-tumbuk dan yang paling penting ialah diriku menyukai untuk memasak. ^_^

Tutup cerita zaman kanak-kanak ku. Kembali ke alam nyata..tiada lagi monolog dalaman.hehe
Sepanjang berada di wad ini,terdapat seorang staf nurse ini bertanyakan soalan cepumas kepadaku.
"SERONOK JADI NURSE?"

hmm..senang aje soalan ni.."iye staf nurse..seronok..sebab saya tolong orang.."
kemudian,ditanyakan lagi.. "kenapa kamu tak jadi cikgu aje? sayanglah..muda-muda,cantik-cantik kena kerja kuat dah...kesian.."

hmm..ok.saya mengakui..soalan yag agak berat.."err..susahlah nak jadi cikgu sekarang..tambah-tambah perempuan.." sambil mengangkat kening dan senyum. ^_^

ditanyakan lagi.."mak kamu kerja apa?" dijawab.."cikgu.."
staf nurse menyuarakan lagi pendapat seolah-olah tidak berpuas hati aku memilih nurse sebagai kerjaya hidupku.. "haa..mak cikgu,anak nurse..kenape yang boleh macam tu? sepatutnya ikut jejak mak.."

ok..bertambah pening dibuatnya..nak lari,tak boleh..takde point nak lari..hehehe
dijawab "susah dapatlah staf nurse..lagipun,mak juga yang suggest untuk jadi nurse..mak cakap,nurse ni banyak pahala..lagipun saya suka tolong orang.." senyum lagi..senyum..^_^


kemudian keluar dari bilik treatment..selisih dengan rakan..dan beliau menegur rakan.."dia pilih nurse tapi tak pilih cikgu macam mak dia.." hehehe..rakan menjawab.."dia tak jadi cikgu sebab mak ayah dia cikgu.."masing-masing gelak..^^

dijawab lagi oleh beliau.. "haa..cabel kuat..tapi tak guna..kenapa awak tak guna cable mak ayah awak? mesti awak boleh jadi cikgu..kalau tak,mesti kamu tak payah berdiri lama,berjalan banyak macam ni..rugi kamu ni.."

hehehe..hmm..mendalam maksudnya..dijawab sambil mengerut dahi dan memuncungkan bibir.."mana best guna cable..tak best. tak best." hehehe..

dan tibalah masa untuk lari..hehe

actually,jawapan yang diberi oleh saya adalah 20% jujur..ada hikmah yang besar saya mengikuti pembelajaran dalam bidang kejururawatan.

sebelum memasuki unikl rcmp,saya memilih sport science di uitm. tapi tidak diberi galakan oleh bonda. mahupun,saya tersangat-sangat meminati kos tersebut..

tetapi,apabila sudah menjalani hidup di unikl ini..ternyata banyak hikmah.
1) campus yang menitik beratkan mengenai Islam dalam kehidupan seharian.
2)banyak menganjurkan program khidmat masyarakat dan kesihatan di luar bandar.
3)Aktiviti yang membentuk budaya kasih sayang bertolak ansur dan membina sahsiah diri,akhlak dan agama.
4)Lebih mengetahui pelbagai penyakit dan cara rawatan. Secara tidak langsung dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
5)dan yang paling penting..ibubapa saya semakin hari,semakin meningkat umur..mereka memerlukan penjagaan yang terbaik daripada anak-anak dan saya bersyukur saya dapat mempelajari dalam bidang kejururawatan dimana secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti cara hidup dan merawati serba sedikit mahupun seorang doktor lebih arif.^_^

sememangnya pekerjaan ini memerlukan kesabaran yang tinggi,tabah dan kekuatan mental dan fizikal.
tiada apa-apa yang mudah untuk didapati meskipun perkara yang dibuat adalah sekecil kuman. =)
sepatutnya saya bertanyakan pendapat kepada staf nurse itu,kenapa beliau menjadi staf nurse juga? ^_^

apa yang sudah menjadi takdir hidup,itulah yang tertulis,itulah yang nyata dan setiap yang berlaku ada hikmahnya..


dan hikmah yang paling saya gemari adalah dapat berkawan dengan mr.vol. cukuplah saya menyukai beliau dalam diam. andai beliau tertulis sebagai jodohku,semestinya beliau adalah jodohku. ^_^

-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana memberi peluang-

Ingin menjadi staf nurse seperti Johan As`ari

No comments:

Post a Comment