Wednesday 16 November 2011

Pneumonia.

Assalamualaikum wrt.

Minggu kedua praktikal di wad 3C..iaitu wad kanak-kanak.
Common disease yang terdapat dalam wad ni >bronchopneumonia.
Tersangatlah kasihan apabila kanak-kanak mahupun bayi kerap kali mengalami sesak nafas(shortness of breath @ S.O.B)
Ayuh,kita kenali apa itu pneumonia.


Pneumonia ialah radang  paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan.  Terdapat pelbagai gejala radang paru-paru bermula dari peringkat tidak serius ke peringkat  yang lebih serius, malah boleh membawa maut. Keterukan bergantung kepada jenis bakteria yang menyerang paru-paru serta umur dan kesihatan asas individu.

Bagaimana terjadi?

· Melalui bakteria dan virus yang hidup di dalam hidung,sinus atau mulut yang boleh merebak ke paru-paru anda.

· Streptocuccus pneumonia adalah bacteria yang biasa menyerang individu biasa.

· Legionelle pneumophila ialah bakteria yang menyebabkan radang paru-paru atipikal.

· Staphylococcus aureus dan Klebbsiella pneum juga menyebabkan radang-paru-paru.

· Tuberculosis (TB) menyebabkan radang paru-paru  terutama kepada individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah.

· Virus menyerang di kalangan bayi dan kanak-kanak.


Symptoms of Pneumonia?

· Batuk
· Kahak bertukar warna( kahak menjadi kuning atau kehijauan dan lendir berdarah.)
· Demam
· Sesak nafas(terutama ketika menaiki tangga)
· Sakit kepala
· Sakit di dada ketika menarik nafas.

Rawatan?

Hospital :
· Menerima cecair dan antibiotic   melalui salur vena.
· Terapi oksigen.
· Rawatan bernafas.

Di rumah:
· Mengambil ubatan seperti paracetamol(panadol) untuk merawat demam.
· Minum air denggan banyak untuk membantu melancarkan         pengeluaran kahak.
· Rehat dengan banyak.

Faktor risiko?

· Individu yang mempunyai penyakit paru-paru kronik.
· Perokok.
· Masalah imun badan yang lemah.
· Bekerja di sektor kesihatan seperti doktor dan jururawat.
· Menghadapi jangkitan virus pernafasan (selsema,influenza)

 Cara pencegahan?

· Membasuh tangan dengan kerap.
· Tidak merokok.
· Minum air dengan kuantiti yang    banyak.
· Mendapatkan vaksin pneumokukal(Pneumovax) untuk merendahkan   peluang mendapat radang
paru-paru daripada organism Streptococcus Pneumoniae.
· Mengamalkan kehidupan sihat seperti bersenam 3 kali seminggu.
· Mengelak berada di tempat sesak


Berjumpalah dengan doktor jika :

· Kesukaran pernafasan semakin teruk.
· Demam berterusan
· Batuk berdarah.
· Bagi bayi mungkin tidak akan batuk ketika radang paru-paru. Sila berjumpa dengan doktor 
apabila bayi menghasilkan bunyi ketika bernafas..


-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana masih memberi peluang-

Ingin menjadi nurse seperti johan as`ari :



 



No comments:

Post a Comment