Sunday 26 February 2012

Persona. =)

Atasi panas baran

DALAM satu kes konsultasi dua minggu yang lalu, saya bersemuka dengan sepasang suami isteri yang sudah setahun berkahwin tetapi, baru enam bulan tinggal sebumbung. Sebelum itu mereka merupakan pengantin jarak jauh. Sadisnya, sepanjang tempoh enam bulan tinggal bersama, si isteri telah memecahkan tiga buah peti televisyen lantaran, marah dan mengamuk kepada suami.
Apabila ditanya, si isteri mengakui dia mempunyai sikap panas baran dan sikap tersebut diwarisi daripada ayahnya. Malah tiga saudaranya yang lain juga bersikap panas baran dan dia tidak boleh membuang sikap tersebut.
Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri.
Rasulullah mencadangkan dua tindakan bagi mengatasi panas baran iaitu dengan cara mengubah posisi atau cara duduk dan berwuduk. Kedua-dua saranan itu terdapat dalam sabda baginda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."(hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).
Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri.
Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.
Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan.
1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan.
Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.
2. Mendiamkan diri ketika marah
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.
3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati.
Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.
4. Luah pada masa dan tempat sesuai
Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran.
Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
5. Bawa bertenang
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.
6. Senyum
Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan.
Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.
Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar." Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.
Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.
Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah!
Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

Berubah kerana lelaki?

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah.
Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya.
Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah?
Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.
Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya.
Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-
1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.
Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk ” Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya : “Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; Berkatalah wanita itu : ” Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “; maka anak perempuan Anas menyampuk :
“Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : ” Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ). Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak.
Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di dalam majlis itu.
Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab :
Ertinya : “Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)”. – ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : ” Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ).
Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : ” Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber”dating” dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku ‘ringan-ringan’ dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin.
Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin.
Sekian, Wallahu’alam.

- Dipetik dari Artikel Ust. Zaharuddin Abd Rahman

Saturday 25 February 2012

i won`t give up.

Assalamualaikum 

"I Wont Give Up"

Why I Wont Give Up?
Sebab..2 bulan berturut-turut adalah minggu yang "membunuhku" perlahan-lahan.
Kehidupan seorang pelajar telah bertukar kepada individu yang otaknya sentiasa berfikir berat,letih,menahan marah,menahan ketika kena marah di depan staf yang lain,dan paling kerap migrain.

Masuk bulan kedua, apa yang tertanggung tetap ditambah tambah tambah tambah tambah!
bulan Feb juga sudah masuk sebulan lebih diriku tidak balik , tidak menjenguk mak pak adik-adik, tak makan masakan mak,tak sembang dengan pak,tak dapat cari gaduh dengan adik-adik, tak dengar mak potpetpotpet, tak bau kentut pak, tak dapat tolong pak pi kebun dengan adik-adik dengan naik basikal tua.
.
Ya Tuhan..sesungguhnya hambamu yang ini sangat merindui keluarganya yang nun jauh..
tak tau pun kalau-kalau pak gastric teruk balik,kesian mak kena kemas rumah sorang-sorang.
Apa yang berlaku di rumah,tak semua mak/ pak cerita..
dan paling sedih,rupanya..dah masuk 2 minggu tak dengar suara mak,pak,adik-adik
Sebab? kerja menimbun,tidur lewat,stress,migrain.
Berdosanya aku terhadap makpak dan adik-adik.

Dengan kehadiran kak pujah ke sini,membawa banyak hikmah dan semangat.
Segala masalah pelajar-pelajar di dengar dan di catit dan segera diusulkan ke ipoh agar pelajar-pelajar dekat sini mendapat keselesaan yang cukup. Malah,segala program berunsurkan kerohanian pun diterap dari hari-hari. Dan kali ini,segala program di main campus,terus diusulkan kepada pelajar-pelajar teluk intan melalui kak pujah. InsyaAllah,moga-moga kehadiran beliau ke sini membawa barakah dalam menjalankan amanah.

Segala-segalanya terjadi ada hikmah.
Sesungguhnya,Allah hendak menilai tahap iman seseorang hambanya melalui kesusahan mahupun kesenangan.
Diriku telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab dan InsyaAllah,selepas ini aku akan buat yang lebih baik dari hari-hari sebelum ni..



* Sekarang terfikir untuk mempertimbangkan tawaran isn.Patutkah aku mengambil peluang yang aku idam-idam dari sekolah dulu lagi?Sapa tahu.. =)

*Ada orang tawarkan untuk jadi orang tengah untuk masuk "meminang" Mr.Doc. weeee~~terbang tinggi!

Buatlah apa-apa dengan niat kerana Allah dan niatlah untuk bersedekah kepada ibubapa.

Masa untuk baca kembali subjek-subjek yang terlepas pandang dalam kelas..

Assalamualaikum

Wednesday 22 February 2012

bila hati dah bersih, nak solat pun terasa manis.

Assalamualaikum wrt.


Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan." (HR Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala". (HR Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)

-Sebaik-baik teman, adalah hati-

Wednesday 15 February 2012

untuk awak. ^_^

Assalamualaikum.

Ini untuk awak.
Maaflah..Saya takde duit banyak untuk bagi hadiah yang mahal.
Tapi sbb saya ada hti n perasaan
Ingat lagi ayat ni?
Awak bagi ayat ni bila saya tanya kenape awak rindu? hihi
Kekadang awak ni suka buli. Tetapi kekadang awak sweet. nyotnyotnyot

Awak bagi hati dan perasaan.
Saya takda nak bagi apa-apa..
just..
nak bagi ni je... ^_^


Saya pun sweet. hehehe