Setibanya di Perlis,dengan dibekalkan wifi di rumah membuatkan diri ini ingin menconteng sedikit di halaman blognya.. Hihihi
Entry kali ini untuk kaum Adam..
Kaum Adam adalah peranan besar dalam sesebuah institusi..Tidak kiralah samada institusi keluarga,masyarakat,pemimpin,agama dan lain-lain lagi...Hal ini demikian,kaum Adam lebih matang dalam menentukan keputusan dalam apa-apa pun berikutan kaum Adam lebih berfikiran jauh berbanding kaum Hawa yang lebih melakukan keputusan dalam masa yang singkat,cepat dan kurang berfikiran jauh.
Lumrah. Sememangnya itu lumrah kehidupan.
Saya tidak menetapkan keputusan semua pendapat mahupun keputusan daripada kaum Adam sememangnya betul pada setiap masa.Sikap toleransi dan berkongsi pendapat sememangnya harus ada di setiap kalangan kita samada bagi lelaki mahupun wanita.
Kerana itu juga ketua keluarga adalah lelaki. Kenapa ketua keluarga sememangnya lelaki?kenapa tidak wanita?
Seperti di atas..saya menyuarakan lelaki melakukan keputusan berdasarkan permikiran dan kesan untuk jangka masa lama dan akan datang manakala wanita lebih melakukan keputusan ketika berada di situasi itu dan emosi kerapkali mempengaruhi keputusan seseorang wanita.
Seandainya seorang wanita itu menjadi ketua rumah,sememang perkataan "cerai" itu di hujung mulutnya sahaja ketika emosi melanda jiwa wanita..Asalkan bertelagah sedikit.. "sudah abg sudah! Saya dah tak tahan dengan semua ni..mulai sekarang saya ceraikan awak!" ..... krik krik krik..
Sesungguhnya wanita itu lemah,emosinya mudah terganggu dan permikirannya mudah dimasuki "virus".
Oleh itu,kaum Adam memainkan peranan penting dalam memelihara wanita.
Wahai kaum Adam..pertingkatkanlah ilmu mu....perilaku mu..adab mu..percakapan mu..dalam erti lain..agama mu..
Titik beratkanlah daripada usia muda agar tidak terjerumus ke lembah zina..Bukan sekadar zina perlakuan..malah zina hati dan mata juga adalah perjuangan dalam Islam.Jauhi daripada melakukan benda-benda lagha..mencari alternatif yang baik untuk lepaskan stress..
Apabila hendak melakukan keputusan,berfikirlah terlebih dahulu..memikirkan kesannya pada kemudiannya..fikirkan alternatif lain untuk menyelesaikan jika ada..tenangkan hati...selawat banyak-banyak dan meminta dipermudahkan segala urusan sebelum menentukan keputusan..bukanlah berdasarkan emosi yang membuak-buak dengan hasutan syaitan. Jangan menjadi seperti lafaz "cerai" sudah dilepaskan, dan ketika berseorang barulah sedari akan hilangnya permata yang tak mungkin sama dengan yang lain.. Then mulalah episod.. "yang..abg minta maaf..malam tu abg letih,abg stress..abg bla bla bla bla..kita rujuk yer?"...krik krik krik..
Abg Ijat pernah berpesan kepada saya ketika berjumpa beliau beberapa minggu lepas..
abg ijat : bagi syra..laki dengan perempuan,sapa lagi ego?
me : laki laa abg...
abg ijat : "lelaki dengan perempuan ni sama ja ego.."
me : eh? rasanya lelaki kot lagi tinggi..pendapat syra laa abg..
abg ijat : tak,bagi abg dua-dua sama ja..tapi,perempuan kena turunkan egonya terhadap lelaki sebab lelaki
ketua keluarga...tak bau syurga kalau melawan cakap suami..hehehe..
"Not every male is a man"
No comments:
Post a Comment