Hai-hai..Ni hao ma?hehe
Ok..seperti yang tertera sebagai new entry kat atas tu..
its all about "jodoh"
Bukan ape..lately ni ramai kawan-kawan bercerita bout their life with love..
Saya bukanlah seorang yang..WOA! pakar cinta..Oh man..no no no..*peace
Saya just insan yang mempunyai fikiran dan hati..
Yang suka mendengar masalah orang dan try to solve it!
Alaa..macam buat math laa..kita cari soalan math(dikira sebagai cari masalah) then kita try solve kan?hehe
*serius rindu nk buat math yang jalan kiranya panjang-panjang.lukis graf..grrr!come on syra..sila balik ke dunia awak.haha
Jodoh.
Apa yang dikatakan dengan jodoh?
Jodoh cari kita or kita cari jodoh?
Ok.Look..orang cakap "buat ape nak cari sedangkan memang dah ada jodoh untuk kita?"
what if i say.."buat ape cari kerja?" Ok..of course laa orang akan cakap.."kalau tak kerja,mana nak datang duit nak makan,nak beli baju,make up,KAHWIN,or blablabla right?"
Ok..jawapan panjang lebar..hikhik..ok..kalau dibalas dengan "hmm..kalau rezeki tu dah memang ade,buat apa nak kerja?"
Come on..apa-apa pun kita perlu berusaha..dengan usaha kita tu,kita akan lebih hargai apa yang kita dapat..
Sememangnya rezeki itu memang sudah tertulis untuk kita..tapi,kita perlu usahakan untuk mendapatkannya..
Pernah tak alami situasi dimana kita di kedai makan..sedang asyik kita makan ayam besor-besor..rapuh..pergghh..lepas tu tetiba ayam tu jatuh dari tangan kita..then..kucing datang makan..pernah?hehe
So,same concept for jodoh.
Kita usaha untuk mendapatkan yang terbaik..
tetapi,di dalam dunia ini tiada apa yang sempurna melainkan Allah s.w.t sahaja..
Kita hanya mampu merancang..yang menentukan hanya Maha Esa..
Beliau sahaja yang tahu yang terbaik untuk hambanya..
Sedangkan ayam yang sudah digenggam di dalam tangan pun boleh terjatuh...
inikan pula suatu perhubungan yang kita belum pasti kesudahannya sebagaimana..
Kun faya kun..Jika itu yang dikehendakiNya..pasti akan berlaku..
Jadi,untuk mendapatkan sebuah perkahwinan yang diberkati dan dirahmati,mestilah dimulakan dengan baik.
Tidak semestinya untuk mengenal hati budi perlu dilandaskan dengan ber"couple"..
Bukan disebabkan saya pernah dikecewakan oleh lelaki jadi saya sudah tidak percayakan lelaki?
bukan.bukan.bukan. saya tiada hak untuk menyamakan semua lelaki di dunia ni semacam je perangai.
Tapi percayalah..berlakunya sesuatu itu dengan adanya sebab..
Mungkin tidak nampak pada awalnya..tetapi akan nampak akhirnya..
Apa yang saya buat semasa lelaki itu meninggalkan saya?
Saya tenangkan hati saya dengan banyak berhubung dengan Maha Esa..
Saya sedar..semasa saya berkawan dengan lelaki tersebut,saya banyak mengabaikanNya..
Alhamdulillah..sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya..
Saya bukan sesiapa..saya hanya seorang wanita yang mempunyai hati dan perasaan terhadap seorang hamba Allah yang bernama Lelaki.
Saya tidak akan mengaku saya mempunyai hati terhadap beliau sehingga tiba masanya nanti.Kerana saya
Seandainya setelah berusaha tetapi bukan itu yang kita kehendaki..
percayalah..terapkan sifat-sifat redha dan berfikiran positif..itu akan memberi ketenangan kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan adil.
Belajar menghormati sesama manusia..Jika jejaka tidak menghormati wanita semasa berkawan,fikirkanlah wahai wanita..Sesungguhnya hati wanita itu lembut dan mudah terguris..Jadi,jangan bersedih jika kehilangan seorang jejaka yang tidak pandai menghormati insan yang bergelar wanita.
Rupa itu aset luaran. Tapi hati itu aset dalaman yang sangat bernilai dan yang boleh membezakan seorang hamba dengan hamba yang lain.
Teruskan berdoa,doa,doa dan berdoa..Kerana doa itu senjata utama bagi umat Islam.MasyaAllah..
Lelaki mudah tertarik dengan wanita yang cantik..Tapi wanita lagi mudah tertarik jika lelaki mempunyai sifat-sifat seorang imam yang baik..
Terbinanya keluarga yang baik,zuriat yang baik..bermula daripada ketua keluarga yang mengcorakkannya.
Wa`allahualam..
Apabila hatimu DISAKITI, mungkin Allah sedang mengajarmu erti REDHA atas setiap kepahitan dan kesulitan yang berlaku..
ASSALAMUALAIKUM.
No comments:
Post a Comment