Tuesday, 25 October 2011

5 fakta untuk dipercayai mahupun tidak.

Assalamualaikum wrt.
5 fakta untuk dipercayai mahupun tidak.
Di COPY di fb.
dan,rasanya harus dikongsikan even ade fakta yang sememangnya saya tahu..
contohnya mengenai Maggi segera yang termasuk dalam list di bawah.
harap dapat dimanfaatkan.

‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


copy right by:

Monday, 24 October 2011

SANAH HELWAH~~

Assalamualaikum wrt..
Selamat hari lahir~~
birthday siapa ?

birthday kawan baik yang berada di IPOH..

birtday NUH hari ini..
selamat hari lahir kawan..

ada birthday,adalah hadiah kan?
hehehe..

just for you~~

minta maaflah yer nuh..syra tak dapat bagi kek yang betul-betul
hehehe...
jauh kan? 
mesti nuh akan cakap "alasan semata-mata"  XD

ade rezeki lebih.insyaAllah dapat bagi kek yang serupa ini oke..
hehehe

ape-ape pun..
selamat hari lahir yang ke 2* tahun..
sebab tu ade number 2 aje atas kek tu..hehehe

semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,selalu jadi anak dan lelaki yang soleh dan berjaya kehendaknya..


ikhlas dari:
Assalamualaikum wrt.


Saturday, 22 October 2011

barak Allahu Lakuma. (ˆ⌣ˆ)

Assalamualaikum wrt.

Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. 





Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.




Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)



Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.



Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! J Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. 





Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.


Assalamualaikum wrt.

Friday, 30 September 2011

indahnya teguran andai...

Assalamualaikum.

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)


Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.


Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang popular, di mana menyuruh kita memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita mampu. Tetapi,jika tidak mampu..maka dengan lidah dan jika masih tidak mampu dengan pertuturan,maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.


Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).



Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.


Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai ROLE MODEL kita.


Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”


Kenapa kita sering "berkasar" ketika menegur saudara-saudari kita semasa muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.


Assalamualaikum

Saturday, 24 September 2011

Kelebihan Ayat Kursi


ALLOHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDH. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIH. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHOLFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN (dengung) 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDH. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIIM.

AYAT Al-Kursi iaitu ayat 255 Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Diantaranya ialah:


1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.


2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.


3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali. Insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.


5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, Insya Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.


7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga Insya Allah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.


*Sebelum Ayat Al-Kursi diamalkan mengikut hajat masing-masing, elok solat sunat lebih dahulu, seperti solat sunat Hajat, solat sunat Tahajjud atau solat sunat mutlak.

artikel dari :
http://zikiribadat.blogspot.com/2010/01/kelebihan-ayat-kursi.html

Friday, 23 September 2011

Cinta yang diredhai Allah.

Assalamualaikum.

Ini kisah lama.*tidaklah lama mana sgt pun..^^
Sewaktu pulang bercuti raya..
baru sedar ade channerl baru di Astro..
channel 114(al-hijrah)
diperkenalkan melalui mak.*tQ mak..syg mak..hehe

semasa buka channel tu..
sinetron Ketika cinta bertasbih 2 sedang ditayangkan..
sememangnya cerita ni MENARIK hati utk ditonton..


cerita ni mengisahkan seorang wanita yang belajar di Kairo yang bertemu dengan seorang jejaka juga merupakan pelajar di Kairo yang menjual bakso untuk mencari duit lebih.
wanita tersebut bernama Anna dan jejaka tersebut bernama Azzam.
tetapi,Anna mengenali Azzam sebagai Abdullah.
hal ini kerana nama jejaka tersebut adalah Abdullah khairul azzam.
setelah mereka pulang ke Indonesia,mereka berjumpa kembali kerana Anna merupakan kwn baik kepada adik azzam.
tetapi,sebelum berjumpa kembali,Anna telah menjadi tunangan kwn azzam(Furqan).
tetapi mahligai mereka hanya kekal sekejap sahaja dan diceraikan dalam keadaan Anna masih suci.
dalam masa yang sama,kwn kepada Azzam(Eliana) semasa di Kairo juga telah jatuh cinta dengannya..
Tetapi ditolak mentah-mentah kerana Azzam menginginkan seorang wanita muslimah.
tetapi..apabila jodoh telah ditetapkan..maka..akhirnya mereka berdua bernikah jua..

jika di tonton sinetron ini,cinta ke jalan Allah itu akan membawa kebahagiaanya sehingga ke akhirat.
InsyaAllah..


tunjang utama dalam ketika cinta bertasbih 2. =)


here i want to shared with you.
eh..pardon me..
not shared..but PASTED from my junior at FB.


for the last one to shared before close the book.
err..book?hehehe



part paling seronok ditonton.
saat jodoh ditentukan oleh-Nya.



Wednesday, 14 September 2011

i`m so proud to be your SISTER!

Taknak berstory panjang lebar.
just..
nak share bout my abg..<3<3<3

sebaiknya dapat bercakap dengan beliau sebelum magrib td..
telah di informkn oleh abg yang die masuk paper.
*dengan nada bangga die berceloteh. ^^

sebaiknya tengok di fb die..
perkataan terpancul dr mulut..
"abg adq dah bulat lah.."
di balas:"eaa..mne ade lah dik.."
"iye abg..abg makin bulat.."
"tak..adq abg je yg bulat..."

oke..adq ngaku adq bulat..
sebab abg adq pun bulat mcm adq..
kalau tidak,masakan adq ni adq abg kn?hehehe


sebelah kanan yang memaki jam putih..^^
sebagaimana abg selalu ckp kt adq..
"rindu adq abg yg sorg ni"

adq pun rindu abg..raya ritu tak sempat pun jumpa abg.


-fin-