Assalamualaikum.
Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.
Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang popular, di mana menyuruh kita memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita mampu. Tetapi,jika tidak mampu..maka dengan lidah dan jika masih tidak mampu dengan pertuturan,maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.
Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.
Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.
Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai ROLE MODEL kita.
Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”
Kenapa kita sering "berkasar" ketika menegur saudara-saudari kita semasa muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment