Assalamualaikum
"I Wont Give Up"
Why I Wont Give Up?
Sebab..2 bulan berturut-turut adalah minggu yang "membunuhku" perlahan-lahan.
Kehidupan seorang pelajar telah bertukar kepada individu yang otaknya sentiasa berfikir berat,letih,menahan marah,menahan ketika kena marah di depan staf yang lain,dan paling kerap migrain.
Masuk bulan kedua, apa yang tertanggung tetap ditambah tambah tambah tambah tambah!
bulan Feb juga sudah masuk sebulan lebih diriku tidak balik , tidak menjenguk mak pak adik-adik, tak makan masakan mak,tak sembang dengan pak,tak dapat cari gaduh dengan adik-adik, tak dengar mak potpetpotpet, tak bau kentut pak, tak dapat tolong pak pi kebun dengan adik-adik dengan naik basikal tua.
.
Ya Tuhan..sesungguhnya hambamu yang ini sangat merindui keluarganya yang nun jauh..
tak tau pun kalau-kalau pak gastric teruk balik,kesian mak kena kemas rumah sorang-sorang.
Apa yang berlaku di rumah,tak semua mak/ pak cerita..
dan paling sedih,rupanya..dah masuk 2 minggu tak dengar suara mak,pak,adik-adik
Sebab? kerja menimbun,tidur lewat,stress,migrain.
Berdosanya aku terhadap makpak dan adik-adik.
Dengan kehadiran kak pujah ke sini,membawa banyak hikmah dan semangat.
Segala masalah pelajar-pelajar di dengar dan di catit dan segera diusulkan ke ipoh agar pelajar-pelajar dekat sini mendapat keselesaan yang cukup. Malah,segala program berunsurkan kerohanian pun diterap dari hari-hari. Dan kali ini,segala program di main campus,terus diusulkan kepada pelajar-pelajar teluk intan melalui kak pujah. InsyaAllah,moga-moga kehadiran beliau ke sini membawa barakah dalam menjalankan amanah.
Segala-segalanya terjadi ada hikmah.
Sesungguhnya,Allah hendak menilai tahap iman seseorang hambanya melalui kesusahan mahupun kesenangan.
Diriku telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab dan InsyaAllah,selepas ini aku akan buat yang lebih baik dari hari-hari sebelum ni..
* Sekarang terfikir untuk mempertimbangkan tawaran isn.Patutkah aku mengambil peluang yang aku idam-idam dari sekolah dulu lagi?Sapa tahu.. =)
*Ada orang tawarkan untuk jadi orang tengah untuk masuk "meminang" Mr.Doc. weeee~~terbang tinggi!
Buatlah apa-apa dengan niat kerana Allah dan niatlah untuk bersedekah kepada ibubapa.
Masa untuk baca kembali subjek-subjek yang terlepas pandang dalam kelas..
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment