Selesai dari pulang dari Perlis, bermulalah detik praktikal di HTI.
memulakan tugas di wad 2*..
agak seronok apabila terdapat male nurse yang baru qualified. haha
Hari pertama shif malam
baru aje incharge pas report 2 org patient,
tetiba dipanggil oleh staf nurse untuk tolong patient collape.
tak lama kemudian,pesakit tersebut menghembus nafas terakhir..
al-fatihah.
al-maklumlah wad aktif..
ting tong ting tong,baru siap kerja..
tengok jam,dah pukul 1 pagi.
errr..patut kaki macam nak tercabut.
kebahagiaan di tambah dengan panggilan dari uncle bed 6.
jari-jemari beliau suka menekan loceng kecemasan yang kerap kali membuatkan diri ini kelam kabut dibuatnya..
jam 2 3 pagi,still menerima pesakit..
sekarang,baru faham sebenarnya kerja malam lebih banyak dari kerja shif siang.
mujurlah ada "johan as`ari" di dalam wad..hehe
tapi johan as`ari ni suka guna ayat ni..
"dik,dari duduk saja lebih baik buat IO ni..hehe" XD
mujurlah anda mempunyai iras-iras muka johan as'ari..haha
hari kedua shif malam.
belum sempat melangkah ke cubicle 2,sudah ditahan oleh akak KPSL.
"dik..ko tolong tengok lah pakcik tu..kami ni dah tak larat nak perbetulkan pakcik tu.."
kulihat pakcik tu,hmm..kasihan tersangat-sangat..
pakcik itu seolah-olah tidak sedar apa yang dicakapkan oleh dia..
tiada siapa disamping beliau melainkan drip,mesin tranfusion,kerusi dan almari kecil.
tidak seperti pesakit-pesakit yang lain yang ditemani oleh ahli keluarga masing-masing
tetapi,seronok actually layan pakcik ni..
lain kita cakap,dia menyahut dan lain pula yang dicakapkannya..hehe
apa yang kerap beliau menyuarakan,"panas dik.."
"haa..takpa pakcik,saya kipas guna buku saya naa..pakcik duk baik-baik..saya kipas pakcik.."
kemudian,ditarik oleh opah sebelah katil pakcik tu..
apa yang diceritakan mengenai isteri beliau adalah tidak enak di dengar..
ku mengambil pengajaran dari kisah ini untuk masa hadapan ku..
sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki suamiku..
kiranya,sepanjang malam melayan pakcik itu..
sampailah pukul 7 pagi..sebelum sign out,pakcik tu pula tetba collape..
subhanallah..hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu..
pakcik yang banyak bercakap dan membuatkan diriku senyum semalam kini dalam keadaan nazak.
diriku hanya mampu menangis dan balik macam tu saja.
sampai ke rumah,masih menangis.
diriku tertidur tatkala menangis.
Hari terakhir shif malam.
Mengakui diriku semangat untuk kerja pada hari tersebut.hehe
bukan apa..hari terakhir bekerja dengan johan as`ari katakan.. ^_^
kali ini,sampai di wad,tiada apa-apa..
sampai rasa bosan pula takda keje.hehe
mata hanya melirik ke arah johan as`ari aje..haha
kadang-kadang,macam sombong juga kadang-kadang,oke je..entah.haha
makin lewat malam,makin rasa bahang kaluit..
wad kembali aktif.
ada seorang uncle bed 11,berumur 76 tahun.
tersangat peramah orangnya..
kuat lagi apabila dilihat dari segi fizikalnya..
kuat memuji diriku..
"amoi ni pandailah..cakap mandarin pun boleh..aiyaa..manyak pandai..sayanglah.."
"alahai uncle..uncle lagi expert lah..hehe"
"aiyaa..itu bahasa saya..mestilah..tapi u boleh cakap sikit-sikit pun kira pandailah.."
"iye2..uncle rehatlah.."
"ok amoi.."
sebelum tdo,memberi suntikan insulatad dulu kepadanya..
once again..dia memuji..
"waah..first time misi cucuk talak sakit.."
"aisshh! tipulah uncle..semua orang cucuk sama jalah..sakit sikit-sikit kan?"
"aiyaa..talak sakit langsunglah.."
"hmm..yela2..hehehe"
"baguslah dia ni..pandai..cucuk pun talak sakit.."
"aiyaa unclee.."hehe
pukul 12,dia sesak nafas..
neb combivent diberi..
kemudian neb salbultamol.
banyak kali diriku memberi neb..
oxygen saturated become low low and low..
at last,collape..dia hanya tahu genggam tangan ku dengan kuat sahaja..
tidak mahu lagi dipasang dengan mesin SPO2..
beliau seolah-olah tahu beliau sudah di penghujung dunia..
"uncle..lawan uncle..kuat uncle..lawan lah.."
"chaiyok uncle.."
sudah tiada reaksi..
CPR dilakukan oleh doktor..kemudian disambung oleh diriku dan kak liza..
SPO2 drop sehingga 30 lebih sahaja..
ECG menandakan asystole..
CPR tetap diteruskan..hujung semua jari menjadi sejuk,memutih,biru
sudah tiada lagi tekanan darah dan nadi.
uncle yang banyak cakap,banyak memuji,yang kuat sebentar tadi,kini sudah kaku
siapa jangka ajal itu jauh lagi dengan kita..
hanya diselangkan beberapa jam sahaja,beliau telah meninggalkan dunia..
pakcik yang banyak bercakap dengan diriku semasa hari kedua shif malam kini tidak sedarkan diri.
masih tiada yang menemani beliau..
cuma mesin-mesin,drip,doctor,nurse dan relative pesakit je yang menemani beliau..
apa yang dapat disimpulkan setelah bekerja malam:
1)dapat belajar banyak benda baru
2)berasa seperti sudah menjadi staff nurse sebab kebanyakan kerja sudah dibuat..
3)kerja malam lebih penat dari kerja siang
4)tidak sempat makan jadi tiada masa untuk tidur juga..
5)AJAL tidak mengenal waktu.
terima kasih yang amat kepada dua orang staff nurse yang menemani sepanjang 3 hari bekerja malam
terutama johan as`ari.hihihi
tetapi,sebelum balik..sempat berborak..hehe
ok.lagha. XD
assalamualaikum.
-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana masih memberi peluang-
Ingin menjadi nurse seperti johan as`ari :
No comments:
Post a Comment