Friday, 9 December 2011

Plastik.

Assalamualaikum wrt.

 بسم الله‎


Hari ini tamat kerja lewat. Habiskan kerja yang wajib dihabiskan. Kemudian,beransur ke cafeteria HTI. Selepas selesai membayar,leher menjenguk panjang ke luar dan anak mata mencari-cari bayang-bayang van UNIKL.
Dalam hati bermonolog dalaman,"hmm..kena tinggal..Takpa,jalanlah.."


Kemudian,anak mata memandang ke langit yang memberi petanda hari akan hujan."Sempat ke tak sampai kalau jalan?" Call En.Azizul..ok..tak angkat. Call syed..tak angkat.Last choice..call sufi..yes!yes! YES!  TAK ANGKAT juga. =_=!


Then,dapat juga call syed. Dia cakap kena tunggu. Ok. Nurse memang seorang yang penyabar. Tunggu sambil tengok kereta yang keluar masuk HTI. Ku memang suka termenung dan orang yang pertama yang tegur diriku suka termenung is Mr.Vol time pergi post tuel.*Lari tajuk bukan? hihi..
Kembali berceloteh,En.Azizul call kembali dan dia akan datang jemput sambil ketawakan diri ini yang letih.


Tika saat menunggu van UNIKL datang,as you sure..termenung,termenung,termenung..
terpandang seorang aunty yang sedang membawa plastik yang terisi ubat. Then,pandang pula di depanku..hmm..adik yang makan keropok ni pun tengah pegang plastik. Majoriti individu memegang plastik sebagai beg yang perutnya diisi oleh apa sahaja benda termasuklah diriku.hihihi
Tiba-tiba terfikir,kenapa kempen beg plastik diadakan dan penggunaan beg plastik masih digunakan secara besar-besaran?




Disebabkan diriku hanya mengelamung,maka soalan yang bermain-main difikiran dijawab sendiri. hihi
hmm..ini disebabkan..hanya kempen sahaja dijalankan dan kempen itu hanya diadakan seminggu sekali ataupun 2 kali sahaja. Tindakan untuk mengadakan kempen ternyata kerajaan mempunyai inisiatif yang dapat menggalakkan rakyat dalam mengurangkan penggunaan plastik. Tetapi,tepuk dada tanya selera..Adakah inisiatif ini berjaya? Adakah tapak pelupusan sampah semakin berkurang ataupun semakin menggunung?


Tak lama kemudian, disapa oleh makcik yang sedang makan keropok dengan anaknya.."baru balik ke? Van baru ja balik tadi.." 
sambil senyum menyepetkan mata.."ohhh..aha..baru ja habis keje makcik.." =)
then,hadir orang penting dalam kehidupan seorang student iaitu VAN UNIKL.. hihihi




-bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah-

-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-Terima kasih Allah kerana memberi peluang-

Anak pak.


Thursday, 1 December 2011

who`s that chick?

Assalamualaikum wrt.

perbicaraan dibuka dengan mempamerkan sekeping gambar.


apa yang terlintas di dalam permikiran anda?
how cute!

saya memilih biru interquas(tahu ejaan salah) ^_^

ape akan terjadi apabila anak-anak ayam ini membesar?

jawapan?

senang aje..anak ayam ini akan bertukar menjadi normal kembali.
no color,no more handsome-handsome. =)

kenapa anak ayam ni berwarna-warni?
disebabkan mereka disuntik pewarna ketika mereka masih di dalam kurungan(telur)
so,sudah termaktub yang hukum alam Allah S.W.T tidak akan berubah.
jika warna asal anak-anak ayam ialah coklat,putih,hitam..
maka,berubah sebegaimana pun..
anak ayam ini akan bertukar mengikut genetic ibubapanya..

*pak saya tak putih. jadi..saya nak lelaki yang hitam manis mcm pak saya.

-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana memberi peluang-

Ingin menjadi staf nurse seperti Johan As`ari.



berdirinya seorang perindu.

Assalamualaikum wrt.


hmm..tajuk berkaitan dengan soal perasaan.
hmm. iye. errr...malulah nak cakap.

enjoy the lyric.

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu



*nak balik rumah. rindu kat mak pak,adik-adik.
*nak memancing,makan buah pelam,tanam sayuq,main sungai.

-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana memberi peluang-

ingin menjadi staff nurse seperti Johan As`ari

Tuesday, 29 November 2011

Selepas solat.

Assalamualaikum wrt.



"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)


Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ"astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/11/amalan-selepas-solat.html

-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana memberi peluang-

ingin menjadi staff nurse seperti Johan As`ari

Monday, 28 November 2011

SAYANG.

Assalamualaikum wrt.


Hari ini diriku telah disapa oleh sahabat lama yang berada di Perlis.
Beliau menyata,tidak adakah post mengenai syg? (‎Syra Rahmat ---> psal kasih syg x dak ke ? ;D)


hmm,sayang?
apakah maksud sayang yang sebenarnya?

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
 

Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.


-kiniku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana memberi peluang-

Ingin menjadi staf nurse seperti Johan As`ari.

Friday, 25 November 2011

Doa akhir tahun & Doa awal tahun

Assalamualaikum wrt.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


-kini diriku amat menghargai setiap detik bernafas di muka bumi ini-
-terima kasih Allah kerana memberi peluang-

Ingin menjadi staff nurse seperti Johan As`ari


Sunday, 20 November 2011

Dengarlah wahai lelaki idamanku

Assalamualaikum wrt.


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.

DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-idaman-saya/#ixzz1eJR8zN5o